Pages

Saturday, February 16, 2013

Penambahan 25/1/13


Walaupun hampir sebulan membuat penambahan pelaburan amanah hartanah bumiputera (ahb) baru hari ini rasa rajin nak update, bagaimana untuk menjadi rajin selalu? satu persoalan.

Jumlah pelaburan AHB untuk gaji bulan Januari 2013 cuma RM150 sahaja, ini kerana hampir setahun lebih tidak membuat penambahan pelaburan Tabung Haji.

Mana dulu hendak di utamakan pun tidak ada jawapannya, yang pasti setelah membuat kira-kira 13.5% dari gaji adalah dengan menyimpan di kedua-dua instrumen tersebut.

Tabung Haji

Baru-baru ini sekitar 7 Februari 2013 diumumkan bahawa bonus tabung haji adalah 8% termasuk bonus tahunan 6.5% dan bonus khas sempena sambutan Jubli Emas penubuhan Tabung Haji sebanyak 1.5%.

"Ini adalah hadiah ulang tahun terbaik bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa aktif menyimpan dana dengan Tabung Haji
-Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom-

Kepada yang belum membuka akaun tabung haji, elok lah dilakukan sekarang, ini kerana sehingga November 2011 (sewaktu mendaftar dan membuat akaun) giliran untuk ke Tanah Suci adalah pada tahun 2042.

Apa jua pelaburan yang ingin dilakukan, pastikan ia berlandaskan patuh syariah, agar hati kita sentiasa berada dalam ketenangan. Tabung Haji adalah medium dan saluran untuk kita membezakan antara instrumen-intrumen pelaburan yang ada di Malaysia ini.

Tuesday, January 08, 2013

Pelaburan AHB

3 Disember 2012 akhirnya aku membuka portfolio pelaburan amanah hartanah bumiputera. Walaupun setelah dua tahun diperkenalkan semenjak akhir 2010, barulah aku bergelar seorang pelabur hehe. Pelaburan awal tidaklah banyak mana pun,yela aku kan baru bekerja setelah tiga (3) tahun menganggur huhuu...


Bagaimana hendak melabur di dalam pelaburan amanah hartanah bumiputera? Senang sahaja, remaja belum baligh pun boleh melakukannya hoho. Anda pergi di Maybank dan cakap nak bukak AHB, tahulah kerja dia.

Pertama anda perlu membuka akaun Maybank jika anda masih belum lagi ada akaun Maybank. RM 250.00 dikenakan untuk membuka akaun.


Setelah itu, diberi pula borang pendaftaran amanah hartanah bumiputera, Minimum di awal pelaburan adalah RM 500.00.

Itulah yang berlaku pada 3 Disember 2012 yang lalu, jumlah yang ada di dalam akaun berjumlah RM 750.00. 


Setelah mendapat gaji pertama sebagai kakitangan kerajaan, tanggal 21 Disember 2012 aku menambah pelaburan sebanyak RM 300.00.

Bukan apa, dua bulan gaji tertunggak, banyak la jugak dapat jadi simpan pun mestilah banyak sikit daripada yang biasa hee.

Pelaburan tambahan minima adalah RM 100 sahaja, mungkin pelaburan akan datang aku hanya melabur RM 100 sahaja kot untuk AHB ni sebab tabung haji pun dah lama tak topup huhuu.

Sehingga bertemu lagi pada pelaburan yang akan datang...

Monday, December 03, 2012

Pembukaan